Di Suatu Blog.

Archive for the ‘Toturial’ Category

Tutorial : BASIC yang korang perlu tahu dengan Photoshop CS5.(part 1)


Asslamualaikum dan salam sejahtera kepada Readers Niakula’s Belog! Terima kasih kerana korang memberi repon yang POSITIF setelah melawat blog ni.Terima kasih ya! Sorry readers sebab dah lama tak update entri baru.Hehehehe.Busy ouh,tp bile di fikirkan balik,Arrul pun tak tahu apa yang busy nya sampai tak ada masa nak update blog ni.Kihkihkih.Baru2 ni Arrul dah buat 1 blog rasmi Arrul,iaitu Niakula’s Arrul! Yang ni Arrul menggunakan perkhidmatan Blogspot atas sebab ingin merasai kehidupan Blogspot pula.Hee~ Dah ada domain & hosting baru 100% Arrul guna WordPress nanti.Blog ni Arrul mengisahkan tentang coretan hidup Arrul.Jadi,jangan ingat kehidupan Arrul ni O ye.Hehehehe.

Ok lah,Arrul bercerita pula fasal Basic yang korang kena tahu sebelum guna Adobe Photoshop CS5.This is my way,kalau korang tak suka sila berambus dari sini ya? Arrul guna Extended punya,jadi Basic untuk Photoshop ni semua sama je.Jadi,korang jangan risau lah ok? First,korang masuk je ke Photoshop korang,apa perkara yang korang tak tahu? Dan apa yang korang perlu tahu? Jawapan yang ‘bar’ yang ada di bahagian kiri Photoshop korang tu.

Photoshop CS5 Extended

Kenali nama2 item tu dulu,sebab nanti bila korang nak guna,dan korang kena cari juga item2 tambahan pula kalau korang buka mana2 tutorial dalam web,mostly diorang akan bagi nama item2 tersebut.Mesti korang kelam kelibut mencarinya kan? Hahahaha itu la Arrul masa first time guna Photoshop CS3 sebelum guna CS5.Arrul hafal dan kenali item dekat ‘bar’ ni pun hampir seminggu sebab nak dapatkan skill item dia.Wo! Korang jangan item ‘Brushes’ dia biasa je,bila korang tahu guna,jangan tanya mengapa korang boleh buat Wallpaper.Kihkihkih.Ok,Arrul bagi tahu,item yang wajib korang tahu dan kenali dengan lebih rapat ‘Brush Tool’,’Paint Bucket Tool’,’Horizontal Type Tool’,’Line Tool’ dan ‘Zoom Tool’.Yeah! Wajib korang tahu ok item yang ni.Tak tahu nanti susah beb!

Sekarang kita akan cuba mengenali ‘bar’ di bahagian kanan pula.’Bar’ ni adalah basic kepada effect yang biasa tapi bila korang dapat menguasainya,ia akan menjadi AWESOME! Kalau korang tak tahu guna,korang buka satu pic korang kt Photoshop tu dan cuba guna 1 per 1 ‘Adjustments’ tu.Nanti korang akan tahu apa itu ‘Adjustments’ dan macam mana nak guna kan nya.’Layer’ ada penting untuk menyelamatkan korang kalau korang tersilap edit kan pic korang tu,korang leh padam tanpa hilang pic korang tu.Faham tak? Ala,contoh korang ada edit V dekat pic korang tu tanpa buka layer baru.Lepas tu korang nak padam V tu,bukan V saja yang padam tapi dengan gambar korang sekali pun akan padam.So penting untuk buka layer baru bila nak edit.’Colour’ pula rasa nya korang dah tahu kot.Hehehe.Warna asas nya R(red),G(green),B(blue).3-3 warna penting untuk menghasilkan warna yang lebih MANTAP! Jadi,pandai korang adjust,lawa lah pic korang nanti.

Photoshop CS5 Extended.

Ok readers ku,Arrul akan ajar korang fasal Photoshop ni untuk Part 2 ya,jadi selamat mencuba! Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Psstt : Oh Yeah! fan page Niakula’s Fesbook ku muncul balik! Dah ‘like’?

Bagaimana nak guna Actions dalam Photoshop CS5. (Tutorial)


Assalamualaikum! dan salam sejahtera.Arrul rasa ni kira baik lah kan sebab share something yang best dengan korang semua.Yela,bukan senangkan korang nak cari tutorial yang berbahasa melayu ni.Arrul try juga cari tutorial untuk PS CS5 yang bahasa melayu punya dalam Google Search tapi hampa sekali.Tak apalah,tak ada pun kita ada kan.Betul x? Anyway,Arrul kalau dah dapat something yang Arrul dapat,Arrul akan share dengan korang semua supaya korang dapat apa yang korang cari.Insyaallah.Lagi 1,korang yang dah belajar something yang Arrul ajar dalam Niakula’s Belog! ni korang jangan lah kedekut dengan orang lain macam kawan2 ke or siapa2 saja.Kalau malas nak ajar diorang,korang suruh lah diorang baca dekat Niakula’s Belog! ni.Hehehehe.Oh ya,kalau korang yang tak ada Adobe Photoshop Extended CS5,korang boleh belajar cara nak dapatkan nya secara free.If ada sebarang masalah,korang boleh bagi tahu dekat Arrul melalui mesej facebook.Tapi soalan tu biarlah ada yang kena mengena dengan apa yang ada dalam Niakula’s Belog ni ye.Korang sebagai readers Niakula’s ni tak perlulah jadi kedekut ye! Sebab SHARING IS CARING,betul x? Gyahahaha!

Sebelum kita start belajar guna Actions dekat PS CS5,korang kena download file ni dulu sebab dalam file ada benda penting iaitu .atn untuk PS CS5.Arrul akan ajar step by step.So,baca dengan betul2.

Ok dah download? Korang extract jela.Ala,macam tak biasa pula nak extract.Kuikuikui.Ok,sekarang open plak PS CS5 korang tu.Selepas tu,korang masuk kan 1 gambar dalam PS CS5 korang tu.(Lihat gambar di bawah)

 

Sudah? Apa yang penting sekali korang kena ada Actions dalam PS CS5 ni.Korang hanya perlu cari dekat Windows dalam PS CS5 dan klik pada Actions.(Lihat gambar di bawah)

 

Ok,bila dah jumpa korang kena klik button yang tu supaya korang boleh load file .atn yang korang dah download tadi.(Lihat gambar di bawah)

 

Then korang load lah salah satu file .atn yang korang download tadi.Dan ia akan jadi macam ni.

 

Selepas itu,korang hanya perlu klik play button dan biarkan ia play sendiri.If dia ada minta korang klik ok,klik jela ok.Dan siap! Korang dah berjaya belajar guna Actions dekat PS CS5.

Contoh :

Sebelum

 

Selapas

 

Psstt : File .atn Arrul akan cari lebih banyak kelak.So,Actions yang korangĀ  ada tu bukan banyak tu saja.Ada banyak lagi,nanti Arrul akan bagi tahu dekat Niakula’s Fesbook!

Toturial : Sumbat Layout dalam Profile Facebook Anda.


Huhuu…toturial kali ni kena mengena dengan facebook.Sebelum2 ni korang ada dapat tak suggestion dalam facebook korang untuk join group macam Change Your Profile Layout atau sejenis dengannya.Hahahaha.Mesti adakan? Well,jangan lah percaya sangat dengan benda2 macam tu sebab Arrul sendiri tak tahu dah berapa ratus kali dah Arrul try buat yang diorang suruh dalam group tu.TAK MENJADI!! Tapi semalam,19/10/2010,Arrul jumpa caranya yang betul.Tapi ini khas untuk si pengguna Mozilla Firefox.Mungkin hanya untuk pengguna Mozilla Firefox je yang boleh tengok profile lain yang juga ada layout.

Korang buka Mozilla Firefox korang tu.Bagi sesiapa yang tak ada Mozilla Firefox tu,boleh download dekat sini.Selepas korang buka MF korang tu,korang klik Rock Your Firefox dan akan keluar macam ni.Kemudian korang klik pada “Get it Now”.Lepas tu dia akan suruh korang install “Stylish”.Korang klik pada install tu.

Lepas install.MF akan minta korang restart korang punya MF.Lepas korang dah restart tu,korang pergi ke profile facebook korang sendiri.Korang cuba lihat di bawah gambar profile korang ada “Select your profile layout”.Kalau tak ada,korang cuba sign out acc facebook korang dan sign in balik.Lepas korang klik pada “Select your profile layout”,akan keluar yang macam gambar di bawah.

Lepas tu,korang boleh pilih kategori yang mana korang nak untuk layout facebook korang tu.Korang juga boleh buat layout sendiri.Macam Arrul hanya guna layout yang memang dah ada dalam ni.

Korang boleh pilih sama ada layout tu korang nak sumbat untuk page profile atau all page.Arrul pilih all page.Lepas tu,korang klik select.Kemudian,dia akan suruh korang pergi ke page Facebook korang tu dan hasilnya.

Korang dah tahu caranya? Jadi tak? Let me know ok.Ada apa2 pertanyaan boleh tinggal komen dekat kotak dibawah atau di Synyster Cilokers atau Niakulas Fesbook.SELAMAT MAJU JAYA!! Gyahahaha!

 

Psstt : Layout ni hanya jadi dekat Mozilla Firefox 3.Google Chrome juga boleh guna,cuma korang kena download extension Stylish.

Jangan Jadi Terlalu Bodoh mengEdit Gambar.


Kabare? Waras? Gyahahahaha.Start bile Arrul cakap jawa nih.Hekhekhek.Sebenarnya hajat Arrul buat topik macam ni sebab Arrul betul2 tak suka dengan cara yang sesetengah orang edit gambar.Arrul bukan nak kata yang Arrul nih 100% pro editor.Tapi,korang tak rasa apa reaksi orang yang tengok gambar korang? Mesti orang akan kata ‘Apa ni?’ ‘Buruk gile die edit’ ‘Tak cantik langsung!’ .Huh,memang betul sebab Arrul pernah nampak komen macam tu dalam fb apabila Arrul saja merayau ke fb2 dalam friend list Arrul.Arrul nak bagi tip la sedikit untuk korang yang masih berjinak-jinak atau yang tak pernah edit tapi nak cuba edit gambar di photoshop atau picnik atau mana2 saja yang korang tahu.First,korang tengok dulu kualiti gambar korang nak edit tu.Tengok sama ada kabur atau tidak.If kabur,reject! Lepas tu korang pilih dulu effect yang cantik dan sesuai dengan gambar korang nak edit.Tak pun korang biar kan dulu korang guna effect yang boleh kan gambar korang SHARP or buat cuaca atau suasana gambar korang tu nak cantik dan menawan.Yang tu sesuailah untuk korang yang kaki photography.

Untuk korang yang gemar ber’photography ni,software yang patut korang guna ialah Adobe Photoshop Lightroom 3.Untuk yang kaki editor pula Adobe Photoshop CS5 Extended.Tapi sesetengah dari korang tak tahu guna software ni kan? So,boleh juga guna dekat Picasa atau Photoscape.Ha,untuk korang yang suka letak huruf2 dekat dalam gambar korang tu,jangan lah letak tulisan yang terlalu orang susah nak faham.Warna tu biar lah rasional sikit.Jangan background terang,korang pula p letak warna yang terang.Letak la warna yang gelap.Biar bertentangan aw.Contoh background putih + tulisan pink terang.Apa hasil nya? Mesti lah boleh membutakan mata orang yang ingin melihat tulisan tersebut! Gyahahahaha! Jadi,tulisan tu biarlah warna gelap.

Untuk si penggemar Filter di Adobe Photoshop,agak lah pun kan nak guna Filter ni.Sebab,kalau korang silap je pilih Filter,gambar korang hancus! Kalau yang tak pandai guna,check 1-1 dulu Filter tu.Ada sesetengah sesuai dan tak sesuai.Jangan pilih Glowing Edges.Sebab bagi Arrul,Glowing Edges memang tak sesuai langsung lah untuk gambar orang.Tapi sesuai untuk gambar nature lah.Macam pokok,tiang,jalan atau sewaktu dengannya.Filter yang Arrul paling suka CutOut.Yang ni Arrul memang gemar buat dekat gambar orang atau mana2 saja.Kerana ia akan meninggalkan kesan yang menarik bagi Arrul.Lagi pun tak ada menyakitkan mata.Lagi satu Filter Stamp.Stamp ni Arrul suka buat dekat gambar orang,sebab gambar orang tu akan nampak macam di lukis.

Untuk pengetahuan korang,Picnik ni Arrul gemar guna Halloween je.Sebab Arrul edit darah.Macam gambar Arrul edit ni.Apa yang Arrul guna macam gambar di bawah ni? 100% Arrul guna dekat Picnik.Tapi edit yang macam ni je Arrul minat guna dekat Picnik.Sebenarnya,Picnik ni tak banyak yang kita boleh guna.Effect yang menarik2 pun kena beli kan? Susah2 -_-”

Untuk yang berhajat untuk jadi Editor ni,first sekali korang berjinak-jinak lah buat review dulu.Check dekat Youtube or mana2 web.Ambil ilmu daripada situ dan kemudian baru korang tunjukkan ilmu yang korang dah belajar.Yang baru nak guna Adobe Photoshop tu,tahu basic pun dah cukup berbaloi.Termasuk juga yang nak guna Adobe Photoshop Lightroom.Ok lah,setakat ni saja yang Arrul dapat kongsikan.Nanti bila2 Arrul keluarkan artikel fasal edit2 ni ouke? Minta ampun ye kalau ada yang terasa.Terasa biar lah ada sifat ingin berubah atau buat lebih baik.Jangan lah berdendam.Yehaa!

Toturial : Jadikan Gambar Korang Gambar Yang Lebih Cantik dan Menarik.(Amat sesuai untuk pengguna DSLR)


Selama ni korang puas hati tak dengan qualiti gambar korang tu? Contoh macam dalam gambar korang tu ada grain.Ala,yang ada bintik2 kecil tu.Salah satu punca gambar korang kurang menarik adalah disebabkan grain tu lah.Untuk korang yang guna DSLR,jumlah grain dalam gambar korang sedikit,dalam 5% macam tu lah.Tapi,walaupun sedikit tetap memberi impak yang besar terutama untuk korang yang pentingkan kualiti gambar korang tu.Eh,sebelum tu,korang dah download ke Adobe Lightroom 3? Kalau belum,korang boleh refer balik artikel yang Arrul post cara2 untuk dapatkan semua produk Adobe.Klik Sini.Untuk yang sudah ada tu,korang boleh siap sedia ye nak belajar guna Adobe Lightroom 3.

Step 1 : Apa yang perlu korang buat ialah klik “File” dan pilih ”Import”.Korang pilih lah gambar korang yang mana2 korang suke.

Step 2 : Kemudian,sesudah korang “Import” gambar korang tu,gambar korang akan muncul di “Library”.Korang klik “Develop”.Kemudian,korang scroll ke bawah hingga nampak “Sharpening” dan “Noise Reduction”

Step 3 : Apa yang perlu korang buat mula2 ialah tarik scroll dekat “Noise Reduction” iaitu “Luminance”.Kalau boleh korang tarik habis,bergantung pada apa yang korang suka ok? After that,korang tarik scroll “Detail” sampai habis dan gambar korang akan nampak kekurangan grain tu.Kemudian korang ke “Sharpening” pula.Korang tarik scroll “Amount” tu ikut pada kesesuaian gambar korang tu.Kalau tarik habis pula nanti jadi tak cantik.Kemudian korang tarik scroll “Detail” plak.Juga b’gantung pada kesesuaian gambar korang itu.

Step 4 : Ok,selepas itu korang cari pula “Tone Curve”.Ini penting kerana untuk pengguna DSLR,korang boleh hasilkan suasana gambar korang itu jadi lebih menarik.Mula2 sekali korang adjust “Shadows” nya dulu.Nampak ok,korang adjust pula “Darks”.Seterusnya “Lights”.Rasanya “Highlights” tu tak seberapa penting kowt.Terpulanglah dekat korang.

Step 5 : Kemudian dah siap adjust pe semua tu,korang boleh save gambar korang.Korang ke “File” dan klik “Export”.Korang save lah dekat mana yang korang nak.

Hope korang boleh edit gambar korang tu jadi lebih cantik dan kualiti yang lebih daripada biasa.Untuk pengguna DSLR,software Adobe Lightroom 3 sesuai untuk korang yang suka sangat tangkap gambar2 ni dan sumbat dalam blog,facebook,myspace or apa2 saja.Ni gambar asalnya.Thanks to Nur Hidayah Zaharan sebab pinjam kan Arrul gambar dia ni.Kehkehkeh

Sebelum

Selepas

Psstt : Lepas ni Arrul nak buat toturial Adobe Lightroom 3 ni juga tapi untuk adjust muke korang tu pula.Ada apa2 pertanyaan,sila tinggalkan komen korang atau korang boleh terus ke facebook Arrul,Synyster Cilokers atau Niakulas Fesbook.

Tag Cloud