Di Suatu Blog.

Archive for July, 2010

Bagaimana Nak Laju Kan Buffering Video Dan Automatik Download tanpa Copy Paste Link??


Jeng Jeng Jeng…Hehehe.Kali ni Arrul nak bagi tahu kat korang macam mana nak guna Bywifi.Sebenarnya ByWifi ni tak adalah special mana pun.Tapi,kalau korang dah malas nak download video nak kena copy paste link tu memang satu kerja kan? Tapi dengan ByWifi kerja korang sekali je.Hehehe.So,kata kan korang minat satu video ni dalam Youtube.Katakan lagu ok.Korang hanya perlu tunggu Buffering nye habis,baru korang play kan video tu and automatik video korang tengok tu akan di save atau download tanpa korang sedar dalam file ByWifi.Korang boleh download ByWifi di sini.Sesudah korang mendownload ByWifi tu,korang install jela.Bukan susah pun kan.Hehehe.Ok,korang buka bywifi.exe.Tengok gambar di bawah.

Lepas korang buka yang itu,dia akan keluar macam ni pula di dekstop korang.

Ok.Lepas dah keluar ni.Korang try buka Youtube atau mana2 video website lah kan.Sebelum Arrul terlupa,korang jangan isi apa2 dalam ruang Video Name.Korang buka satu video.Macam Arrul,buka video lagu Alesana-Ambrosia.Bila video itu sudah play.Korang pause kan.Biar saja buffering tu bergerak.Dalam masa yang sama,video tersebut automatik akan disimpan dalam DATA(D:) korang.Check dalam fail ByWifiShare.Video yang korang buka di Youtube sudah ada dalam fail ByWifiShare.So,korang tak perlu nak copy paste apa semua.

**Apabila buffering bergerak,BitRate dan HTTP Bitrate akan bergerak juga pada kelajuan kbps.

**Automatik video tersebut akan di simpan dalam fail ByWifiShare.

**Video di WINAMP ialah video yang di ‘download’ secara automatik oleh ByWifi sambil buffering video di Youtube bergerak.

So,nak disenangkan,habis je buffering,makna nya video tu sudah di download oleh ByWifi.Automatik katakan………………Kalau ada apa2 yang tak faham atau tak menjadi,sila post komen korang di bawah ye.Hee~

Bagaimana nak lajukan Mozilla Firefox? Part 2/2


Hohoho.Assalamualaikum dan salam sejahtera.Hehehe.Sebelum ni Arrul ada post fasal nak speed up kan Mozilla Firefox korang kan part 1.Sekarang Arrul post entri yang ke-2 pula.Ha,yang kali ni korang kena mendownload pula satu software ni.Tidak susah sebenarnya.Tapi,korang boleh guna software ni untuk macam2 penggunaan.Nak guna untuk gaming pun boleh.Tapi yang online je.Macam FarmVille ke kan.Hehehehe.Ok.Sekarang web yang korang perlu masuk dan untuk download korang klik sini.Nama software ni Cheat Engine.Lepas tu korang tahu la nak buat apa.Mestilah install kan.Kalau tak install macam mana nak guna kan? Hehehe.Ok,lepas itu dia akan ajar toturial apa semua tu.So korang tak perlu melayan nya dan korang hanya perlu skip.Kalau korang layan toturial nya,korang mungkin akan pening.Korang akan tahu yang Cheat Engine berbentuk macam gambar ni.

Selepas korang buka Cheat engine ni.Korang buka Mozilla Firefox.Kenapa? Sebab kalau tak buka Mozilla Firefox,macam mana nak speed up kan.Hehehehe~ Tak adalah.Ini sebab setiap Mozilla Firefox ada nombor nya sendiri setiap kali korang buka Mozilla Firefox ni.Nombornya macam ni,Arrul bagi contoh.

Setiap nombor nya akan sentiasa berubah.Jadi korang tak perlu risaulah fasal ni.Apa yang korang perlu buat ialah klik pada nombor mozilla tu macam gambar di atas.Kemudian klik ok dan akan jadi macam ni.

Korang terus klik Enable Speedhack dan keluar scroll tu.Korang perlu tarik jadikannya 50.0.Kalau lebih,takkan menjadi punya.After that,korang klik apply dan korang boleh guna Mozilla Firefox korang seperti biasa.Good Luck!

Bagaimana nak lajukan Mozilla Firefox? Part 1/2


Ahah.Agaknya korang mesti kadang2 bosan kan bila firefox korang slow.Apatah bila nak download.Ni Arrul akan bagi tip2 untuk laju kan nya.Actually,ni sebenarnya sudah dalam kategori ‘hack’.Tahu ke apa itu hack? Ke korang fikir gula2 hacks tu? Hahaha.Nak tau apa itu hack,klik sini.Teehee~ Sebenarnya,ini bukannya kerja yang jahat pun.Hanya untuk bersuka ria.Tapi kalau dah sampai hack database,server memang kalau kena tangkap.Penjara insyaallah dalam puluh tahun.So,jadilah hacker yang baik.Setakat untuk hack online game,software tak ada masalah.Arrul pun ada gak software yang kena bayar.Tapi Arrul dapat dengan percuma.Macam mana Arrul dapat? Hee~ Secretodeamor.Eh,lagi satu,kalau korang nak belajar fasal hack2 ni.Korang boleh klik sini untuk malaysia punya la.Kalau nak lagi dahsyat,international hacker learning,boleh klik sini.Arrul sebenarnya jarang guna Mozilla Firefox.Arrul lagi suka guna Google Chrome.Kalau Mozilla Firefox ni Arrul guna untuk download je.

Ok dah2,sekarang Arrul akan bagitahu cara2 yang perlu korang buat sebelum lajukan Mozilla Firefox korang tu.First sekali korang new tab dekat dalam Mozilla firefox tu kan.Lepas itu,korang nampak ruang kotak untuk mengisi http://… Korang taip about:config.Lihat gambar di bawah.

Ok,kemudian dia akan keluar satu arahan.Korang hanya perlu klik I’ll be careful,I promise!.Selepas korang dah klik yang itu.Keluarlah data2 Mozilla Firefox.AMARAN! Jangan suka2 tukar data2 Mozilla Firefox sesuka hati.Anda akan tahu apa akibat nya.So,kalau taknak jadi apa2.Ikut saja arahan Arrul.Bukan apa,nanti kalau korang suka suki mengubah datanya.Tak fasal2 Mozilla Firefox korang tidak boleh diguna dah.Hee~ Wa,kelaparan la pula.Hehehehe.Tak apalah,kejap lagi Arrul pergi.Nak selesai kan artikel ni.Ok sambung balik fasal tadi.Apa bila korang da masuk dalam senarai data tersebut.Korang kena cari network.http.pipelining.Apabila korang dah jumpa,tengok belah kanannya.Ada tulis false.Korang kena double-click kan nya dan false akan bertukar menjadi true.Lepas itu,korang cari network.http.pipelining.maxrequests.Ada di bawah network.http.pipelining je.Tak perlu korang pening2 carinya.Hahahaha.Ok.Sekarang korang nampak tak nombor di belah kanan tu? Ada nombor 4 tak silap Arrul.Sebelah integer.Korang double-click dan dia akan keluar satu kotak yang berisi nombor.Macam dalam gambar sebelah ni.Korang tukarkan nombor asalnya ke 150.Kenapa dalam gambar ni nombor nya 1000000000? Sebab Arrul gunakan nombor ni apabila Arrul mendownload 1 software tu.Bagi cepat lah.So,kalau nak download software or mana2 fail yang bersaiz besar.Gunalah nombor 1000000000.Then,klik ok.Sekarang korang cari network.http.proxy.pipelining.Macam biasa korang akan nampak false di belah kanannya.So,korang buat lah macam korang buat dekat network.http.pipelining yang korang buat mula2 tadi dan korang akan mendapati hasil korang macam ni.

Selesai yang itu,close tab dan siap! Wait,ini baru mula2 ada lagi sebenarnya.Huh,penat juga jari-jemari Arrul ni nak menaip.Hehehehe.Tapi normla la tu kan kalau buat blog.Huahuahuahua.Ok guys.Tamat untuk part 1.Hehehehe.So,korang tunggu jela part 2 ya.Teehee~

Tag Cloud